Tuesday, June 29, 2010

Broga Hill dan Sg Gabai:Part 2




Ok, to be honest bende ni dah plan lama, even before sem lepas abes lagi, dalam plan tu termasuk la pergi Genting, Cameron,Bukit Merah dan macam2 lagi, tapi disebabkan kekurangan modal dan masa, so pergi Broga ngan Gabai je la.

Disebabkan nak tengok sunrise, kiteornag plan nak gerak awal, dalam pukul 4 dah start hiking dah, so kene kumpul pukul 3, takut tertidur punya pasal, pukul 2 dah ade kat mamak, agak kesilapan besar disitu sbb sekarang zaman WORLD CUP dan paham-paham je la, tetiba sekarang sumer peminat Football kan, yang lelaki kalo x tengok x cool, perempuan tengok sbb ikut balak or nak usha bontot player,haha.

Tungu punya tunggu, last-last pukul 4 gerak, takpe, still awal lagi,huhu, sampai saner dalam pukul 5 terus start hiking.30 minit pertama, maintain lagi, jalan pun laju je,haha. Lepas 30 minit, paham-paham je la.


Baru naek suku perjalan dah boleh nampak this whole view, macam dah naek tinggi gile dah, tapi baru 30 minit hike, ingat dah nak sampai dah,rupa2nya tinggi lagi,huhu.

Tengokla tu, betapa ramainye orang, nasib baik kiteorng sampai awal jugak,huhu. Time ni matahari malu-malu kucing lagi.

Mr organizer, tanpa beliau, macam-macam plan x menjadi, terima kasih En Babu.

Permandangan lawa, udara nyaman,terbaik.Matahari pon dah naek, Baru la nampak muka orang,haha.


Yang hujung sekali tu peak nombor 1, pastu peak nombor 2, gambar ni diambil kat peak nombor 3. Aku pon sampai peak 2 je, pastu dah tak larat dah, member sumer kat peak3,haha. Nampak je dekat tapi sebenarnye,jauh gak la, ade la dalam 500 meter,huhu, kalo jalan lurus je xpe la kan, ini kene turun dan ke naik balik, naik tu macam dah 60 degrees je curam die,huhu.




Belakang tu gambar peak 3, sampai sini je yang termampu,haha. Maybe suatu hari nanti akan sampai ke peak 3, who knows, one day.


Everyone,yes, kami mampu melakukannya, anda bila lagi,haha.

Setelah 3 jam mendaki, kiteorng pon turun la, dengan penat kotornye dan macam2 lagi,haha, Cari la kedai mamak kat area Semenyih tu,nasib baik la jumpe,haha.

Masing2 muka penat je.


Babu tenagh memikirkan trip akan datang,huhu, tolong la jangan pegi hiking lagi, kite g pantai ke, shopping ke,haha.


Aku dan Misa yang tengah cover penat, aku maintain je, kata Fit,haha.

Harini sampai sini je, post Sg Gabai akan dibuat pada hari lain.Overall, Broga Hill memang cantik dan best untuk didaki, but be ready, dan pakai kasu sukan or better kasut hiking, jangan pakai selipar. Lag best, naek ramai2 ngan kawan, memang tak terasa penat nyer, ok tipu, naek ramai2 lagi la penat,haha.


p/s: i should have been in Langkawi today....=.(



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails