Pages

Tuesday, October 26, 2010

Tips untuk berjimat cermat di Malaysia.


Ok, tetiba dapat ilham untuk menulis tips-tips untuk berjimat cermat di Malaysia ni lepas baca blog hatim razak, Tips untuk berjimat diLuar negara. Tapi harini aku akan bincangkan bagaimana nak menjimatkan duit dalam pemakanan. Yer aku tau aku agak berisi dan aku patut kurangkan makan untuk jimat tapi tidak, itu bukan apa yang akan kita bincangkan hari ni.

Kita makan untuk hidup, melantak untuk mati.

Cube korang tanya pelancong-pelancong dan mungkin hampir semua rakyat Malaysiaa, apa yang korang paling suka kat Malaysia? Kebanyakan akan cakap Makanan.  Melayu, Cina dan India makan benda yang sama. Pagi Nasi Lemak, tengahhari Nasi Beriyani, Malam Yong taufu, tengah malam roti kosong 2. Kepelbagain, xde la bosan asyik makan benda sama je tiap2 hari.


Tips 1: Makan di tempat-tempat yang mempunyai ramai pelajar atau didalam campus2 universiti berdekatan anda

Universiti awam lebih afdal. Universiti swasta pula sepeti Taylors College Lakeside Campus harus diellakan masuk jika anda ingin berjimat cermat dalam pemakanan. Mengapa? sebab dalam campus dia, ad Starbuck,Subway, dan macam2 lagi kedai makan yang best, dah macam dalam shopping mall jer,huhu.

Kenapa makan dalam campus murah? mungkin sebab peniaga tau yang dieorang punya main target adalah pelajar dan semua orang tau kebanyakkan pelajar xde duit, so kalo mahal2 nanti xde student datang, Da terbukti dari pengalaman aku sendiri di Melaka, Cyberjaya, Bangi dan Shah Alam.


Tips 2:  Kalau makanan tu senang dimasak dan murah, jangan makan di kedai mamak.

contoh 1: maggi sup mamak, RM 3.90

Mengapa? Orang suka makan maggi sebab murah, cepat dimasak, dan sedap, abaikan kandungan msg dan segala bende merbahaya.

Tapi kalau makan kat mamak, dah la mahal, lambat sampai, dan agak x sedap plus msg dan segala bende merbahaya. Semangkuk maggi sup mamak boleh beli 5 paket maggi, so fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

Tips 3: Peka dengan promosi2 di sekeliling anda

Seperti contoh baru2 ni Burger King ade buat promosi RM1 untuk whopper,harga standard set whopper ade la dalam RM10. Tapi untuk sehari jela kalo x memang gulung tikar la Burger King esoknya,haha.


jadi 6 oktober harituh ni la makanan aku, pagi, tengahhari dan petang. minimum 3 burger sorang, so makan malam terpaksa makan bende lain. Tapi bagus gak 3 burger sorang, kalo x orang pertama beli je terus habis,huhu.

Yang seterusnya, bukan dalam kategori makanan berat, tapi kira makanan jugak la kan,huhu, Baskin Robins. Aku makan Baskin Robins ade la dalam dua bulan sekali kecuali julai ngan ogos yang masing2 ade 31 hari. Kenapa? ramai xtau tapi setiap 31 haribulan BR buat promosi 31% diskaun, so kalo 1 quarrt yang standard dalam RM40++ jadi RM30++ je kalo x silap aku,huhu.



Tapi kalo dah sangap sangat tunggu 2 bulan sekali boleh pergi hari rabu, tapi direkemenkan untuk wanita2 sahaja kerana harus pakai pink untuk dapat promosi die. Kalo lelaki nak tu, bawak mak,kakak,bini,adik pompuan, kawan pompuan dan paksa  dieorng pakai pink before keluar.



Tips 4: Makan dekat rumah.

Ini untuk orang yang duduk dengan keluarga, baik makan rumah sama ada lebih murah or keluarga anda yang sapot. Memang jimat. Terbukti berkesan. Contoh aku, hari jumaat xde kelas, so khamis terus balik rumah, jadi xpayah kluar duit makan untuk jumaat dan weekend, bijak tak?

Tapi jangan buat obvious sangat balik rumah semata nak jimat duit, kasi alasan lain kalo x duit belanja kene potong, dari dapat seminggu dapat tuk 4 hari jer, isnin sampai khamis,huhu, sedih x?



Kesimpulannya, memang dapat jimat duit. Tapi asal duit simpanan x tambah2? kalo dah weekend je kluar tengok wayang ngan kawan2, lepak shisha, main futsal,g shopping memang xguna la jimat,huhu. Itu akan kita bincangkan hari lain.Sekian.



p/s:when i watch u in disney, wishing u were kiss me, coming in my fantasy.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails